My First Pau Goreng Sambal - Pau Goreng Sambal Superman

Haaa kalau nak tau, ni la dia pau goreng sambal yang Kal El buat tapi shhhh! ada rahsia... pau ni tak jadi hehehe sebabnye? Kal El tengok resipi kat Internet dan Kal El tak tau yang adunan ni tak boleh di simpan dalam fridge. So penat la Kal El menggentel pau sambal ni semalaman dari pukul 8 sampaila pukul 11:30 malam. Bila nak digoreng keesokkan harinya semuanya melekat dan rasanya huk ala.... buruk gila. Yang herannya resipi ni suruh campur minyak, macam buat roti canai plak. Akhirnya... masuk ke tong sampah semuanya!


Pau Goreng Sambal Versi 1 yang Tak Jadi - Kesilapan Teknikal


Tapi Kal El tak putus asa. Beberapa hari lepas tu Ka'Ngah datang rumah dan Kal El minta resipi dari dia. Dah lama Ka'ngah tak buat Pau Goreng Sambal ni. Yang Kal El suka adalah Pau Goreng Sambal yang dijual di kampung Papa di Pontian... Masa kecik-kecik dulu la... dah berkurun lamanya Kal El tak balik sana sebab dah takde sapa pun sana.



Pau Goreng Sambal Versi 2 yang Menjadi -
Happynye! Di Goreng Sedikit dan Sedia untuk Di Frozenkan


Resipi Ka'ngah seperti biasa menjadi dan amat sedap sekali. Rupa-rupanya kalau nak simpan dalam fridge/freezer buat jadi frozen food kene la di goreng sedikit dulu... kalau tak, alamatnya dalam tong sampah la perginya... melekat dan adunan pau tu pun rosak.

Sambalnya Kal El guna yang Kal El masak sehari sebelumnya (lihat entry sebelum ni). Macamana nak buat adunan pau? Senang bangat!



Keratan Rentas Pau Goreng Sambal yang Siap Di Goreng... Yum! Yum!


Here's how:
Campurkan serbuk roti Mauripan ke dalam cawan dengan air (paip yang difilter pun ok. Jangan pakai air sejuk nanti lambat naik) lalu kacau dan biarkan ia naik.
Setelah campuran tadi naik, curahkan pada 500g tepung gandum campur gula dan garam secukup rasa. (see, gula mesti ada hehehe) kemudian gaulkan....
Tambah sedikit air kalau perlu.
Dah sebati bulat-bulatkan adunan tadi. This is the hard part sebab akan melekat-lekat. Sediakan tepung gandum dan sapu pada tapak tangan supaya adunan tak melekat.
Leperkan adunan yang dibulat-bulatkan tadi, letak sambal di tengahnya dan pujutkan serta jadikannya bulat semula.
Goreng sedikit dan bolehlah disimpan dalam freezer untuk dijadikan frozen food. Nak makan terus goreng la sampai masak... jangan hangus plak ek.


Huhuhuhu terlapar plak tengok masakan sendiri!

I'm reading: My First Pau Goreng Sambal - Pau Goreng Sambal SupermanTweet this!

2 comments:

Catz said...

eh..
sgt terliur oke tgk pau goreng niii.
wah..kagum..tak putus asa..walau masuk tong sampah tetapp cuba lagi..syabas inspektor sahab..
hem...tiba2 saya mcmmm nak buat resepi k ngah awak ni,,
nampak sgt sedap..
abeh,..memalam ni..dah lah tgh diet..tensi aku tgk blog nih..

Kal El said...

Cubalah Catz.. ala buat banyak-banyak tak semestinya makan semua kan. Jadikan frozen food goreng la barang sebijik dua bila teringin pastu yang lain masuk balik dalam freezer... hehehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger