My First Nasi Lemak - Nasi Lemak Superman



Haaa dah 3 hari ni Kal El tayang hasil masakan 'My First' series - percubaan kali pertama memasak berbagai masakan yang Kal El amat teringin sekali nak makan. Memang boleh beli tapi kalau boleh nak makan resipi Ka'ngah dan hasil masakan air tangan dia sendiri. Tapi sebab dia pun tak sihat kan, maka Kal El belajar-belajar la masak sendiri.

Pau Goreng Sambal Superman

Setelah berjaya buat sambal tumis dan pau goreng sambal, makan Kal El melangkah setapak lagi dengan mencuba masak Nasi Lemak. Bagi sesetengah orang Nasi Lemak ni dia masak tiap-tiap minggu, ada yang hari-hari tapi ini adalah kejayaan bagi Kal El yang pertama kali memasaknya. Heheheh buat malu je. Tapi ok la kan, lelaki yang masak... opsss terbocor rahsia jantina Kal EL muahhahaahha rahsia ke?

Nasi Lemak Superman
Clockwise: Serunding Daging, Timun, Ikan Bilis Goreng dan Kacang Goreng Superman

Err...err... malu la... Telur (Rebus) Superman?
Ayam Goreng Superman

Sambal Tumis Superman

So gambar-gambar di atas tu ialah lauk-pauk untuk hari tu, Kal El buat banyak sebab ajak Ka'ngah dan keluarga terdekat untuk merasa masakan lelaki Super ini. Heheheh Ka'ngah kata sedap (kembang kempis la hidung Kal El) Tapi betul la orang kata kalau sendiri masak memang tak lalu nak makan. Penat agaknya. Mana tak, dari malam sebelumnya Kal El sibuk memotong bagai dan paling memenatkan ialah membuang biji cili kering untuk buat sambal tu. Sekarang baru la Kal El tau penat rupanya memasak ni. Selama ni asik oder-oder je Ka'ngah masak itu ini... kalau teringin cakap je pasti Ka'ngah buat untuk anak sedara kesayangannya ini.

Tadaaa! Sepinggan Nasi Lemak Superman!
So lauk hari tu ialah telur rebus, ayam goreng, timun, kacang (terhangus sket), serunding daging dan ikan bilis goreng. Kal El turut hidangkan Pau Goreng Sambal Superman yang telah di frozenkan 2 hari lepas dan juga Ubi Rebus... tapi Ubi Rebus ni kata papa dah masuk air masa belum dicabut dari tanah... huhuh mana la Kal El tau, main beli je kat Jusco tu.

Ubi Rebus Superman Gak

Yang Kal El bangga, Along dan Saput siap bungkus nasi tu bawak balik untuk dinner katanya. Sambal tumis Kal El masak 2 kali dan Nasi Lemak pun 2 kali. Laku la tu hehehehe. Ka'ngah kata Pau Goreng Sambal tu sedap wahhhhh lagi la kembang kempis hidung ni hehehehe.

Nasi Lemak ni memang senang je nak buat:

Here's How:
Sukatan santan (perah sendiri jangan pakai yang instant tak sedap) mengikut jumlah sukatan beras. Kalau 3 pot beras, maka 3 pot santan digunakan. Santan tu plak dipanaskan di periuk berasigan sebelum dicampur ke dalam beras.
Bawang Merah (bukan bombay), Bawang Putih dan Halia (lebihkan semuanya terutama halia supaya bau wangi) di kisar dan dicampurkan sekali.
Masukan garam secukup rasa
Ikatkan daun pandan dan titikkan serai dan sumbat semua dalam rice cooker.
Beres...

Haaa yang lain-lain tu takkan tak reti kan nak buat? Nak kene ajar macamana nak rebus telur gak ke?

I'm reading: My First Nasi Lemak - Nasi Lemak SupermanTweet this!

2 comments:

CATZ said...

wow..
congrats,,
saya sgt kagum.,
nampak sgt sedap..walau 1st time siap jamu org tuhhh,,,
setiap org ada banyak benda pertama kali dlm hidupnya...
ssaya juga ada pertama kali masak nasi lemak..tapi dah lupa bila..hiks..

Syahr-El said...

Heheheh Kal El amik risk tu Catz ajak orang makan walau first time. Kalau tak jadi memang takde contigency plan pun... ala Catz tu bukan setakat nasi lemak macam-macam la yang Catz pandai masak Kal El tengok, boleh bukak kedai lagi...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger