My First Sambal Tumis - Sambal Tumis Superman

Salah satu masakan Ka'ngah yang Kal El teringin sangat ialah sambal tumis. Ka'ngah tahu cara masakan yang Kal El suka... pekat dan berapi! Kal El tak suka kalau sambal tumis cair apatah lagi kalau tak pedas. Dah menjadi tradisi keluarge belah mummy kalau masak pasti letak gula (bukan, kami bukan orang Kelantan tapi asal dari Kukup, Pontian), so sambal tumis ni pedas-pedas manis. (Patut la ada Kencing Manis ek?)

Takut Tengok Minyak Meladung? Boleh Buang...Jangan Risau...


Kal El plan nak buat Pau Sambal Goreng menggunakan sambal tumis ni. Nak buat? Rupa-rupanya senang je buat sambal tumis. Tidak ler Kal El tau selama ni. Kalau tau senang macam ni dah lama Kal El cuba. Thank you Ka'ngah for the recipe. Macam-macam lagi nak cuba ni. Ok la boleh la tahan sedap (huhu puji diri sendiri... ye la KN tak makan pedas so dia tak dapat ler rasa dan memuji makanan Superman dia ni kan heheeh)

Dengan Lighting yang Betul -
Beginilah Warna Sambal Tumis Superman yang dah Masak


Here's how to cook this sambal tumis.
Cili kering (buang biji, sikit sikit ada takpe - takut perut bocor nanti kalau tak buang tapi kalau dah dasar pemalas, tak dapek Kal El nak tolong) - kemudian rebuskan cili kering tu untuk bersihkannya. Tos.
Bawang merah - jangan guna bawang bombay ek
Bawang putih
Blendkan Cili kering, bawang merah dan bawang putih.
Gula - Kal El letak dalam 10 sudu besar untuk 1 paket kecik sambal - dapat la satu tupperware tu
Garam sket

Caranya:
Panaskan minyak (Tips: letak banyak cepat masak, dah masak nanti bolh buang sket minyak dia)- make sure betul-betul panas dan masukkan kisaran cili dan bawang tadi
Masukkan juga gula dan garam (rasa-rasa la masa masak tu nanti, tak cukup tambah lagi)
Goreng dengan sangat lama dengan api yang perlahan sambil kacau-kacau sambal tu supaya tak hangus. Kalau kaler dia dah agak gelap dari asalnya (bukan gelap hangus ek) maka dah masak ler... make sure masak betul kang sakit perut kang!

Siap! makan dengan roti pun sodap... buat sambal nasi lemak lagi sodap... buat pau goreng sambal pun lagi sodap... makan dengan nasi letak telur rebus pun sodap.....

p/s kalau tertanya-tanya kenapa tak letak ikan bilis... 1. Kal El tak makan ikan 2. sambal tumis ni memang kosong intentionally...

Ok la... Kal EL namakan sambal tumis ni Sambal Tumis Superman... boleh simpan dalam freezer buat dimakan lain kali... heheh untuk orang bujang especially! Selamat mencuba! Ada berani?

I'm reading: My First Sambal Tumis - Sambal Tumis SupermanTweet this!

2 comments:

Catz said...

wahhh...
congrats....nampak sedap menggoda sambal tuh...kalau saya..suak letak bawang besar hiris kasar banyak-banyak..suka bawang besar tuh dalam sambal..ni kan...makan dgn nasi suam..plus telur dadar kan..4 pinggan nih bertambah..fuh....redo tak redo..sedo tak sedo...5 pinggan kot...hahhahaa..
tapi kan...saya juga org johor...dan saya rasa org johor mmg suka letak gula dalam sambal..so saya memang akan letak gula dlm sambal...supaya rasa pedas dan masin tidak terlalu tajam..
anyway..respi u simple...mcm resepi sambal saya juga...
dan sama juga..saya akan buang biji dulu..rebus cili tuh..cuci bersih baru kisar dgn bawang segala..
anyway...
ur sambal ni sure pedas gila yer..
patutlah KN tak makan..
kalau pedas lite-lite je..and manis sikit..amat seswai di gengkan dgn nasi lemakkkk..
err..memalam cerita nasik lemak pulok....ok..stop..

Kal El said...

Ahahaha family Kal El memang letak gula hampir dalam semua lauk. Memang sambal ni pedas gila tapi kemanisan dia mengubat jiwa (muahahahah) Sambal ni kalau makan dengan ubi rebus ke, keladi goreng ke... fuyoooo terangkat Catz! Satu hari nanti boleh la kita masak sesama ek. Kal El suka masak (kalau tiba time rajin macam2 la nak cuba) tapi takde le nak hias-hias lelawa macam kalau Carz masak tu... tengok tu sambal masuk tupperware je (senang lepas tu nak masuk freezer) hehehe...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger