Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Masjid Nabawi
Sempena kedatangan Aidil Adha 8hb nanti Kal El ingin menyambung semula cerita perjalanan Kal El ke Tanah Suci bulan August lepas yang terhenti atas sebab-sebab teknikal.
Masjid Nabawi adalag peninggallan Rasulullah SAW yang amat indah. Memang Masjid ini telah ditambah baik dan dibesarkan. Maksud Kal El 'indah' di sini adalah keajabian yang Masjid Nabawi tinggalkan dihati sanubari pengunjungnya. InsyaAllah.
Kalau di Saudi mapabila masuk ke Masjid, terutama Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kadangkala akan ada pemeriksaan beg pengunjung dan kamera akan dirampas. Tapi guards Arab ni ikut mood. Kalau mereka rajin habisla semua beg pun dia check, kalau tiba time depa malas ambil gambar bersahaja depan Ka'abah pun tak ada masalah. So Kal El dan KN bawa camera ke Masjid ini pada waktu Subuh hari terakhir kami di Madinah.
Seperti yang Kal El pernah katakan dulu, kunjungan ke Madinah ini memang menenangkan hati, menyejukkan jiwa. Tergambar betapa sejuknya hati Rasulullah kita dan pembawakannya sampai ke hari ini.
Minaret Masjid Nabawi ini sangat tinggi, dan oleh kerana tidak banyak bangunan tinggi di sekitar Madinah maka minaret ini mula kelihat kepada para jemaah sejam sebelum tiba di perkarangan Masjid. Manakan tidak, kami tiba di waktu malam dan cahaya indah Masjid Nabawi terpancar dengan kemegahan minaretnya yang kelihatan dari jauh. Sejam sebelum tiba dihotel yang berdekatan dengan Masjid Nabi ini Kal El sudah tidak dapat mempalingkan muka dari arah tingkap bas. Seronok tak terhingga rasanya akan dapat menjejekkan kaki ke situ.
Di dalam Masjid Nabawi inilah terletaknya makan Nabi Muhammad SAW dan Raudhah, iaitu tempat mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah, Kal El dan KN dapat bersembahyang dan memanjatkan doa di situ dan kedatangan kami menjenguk Rasulullah amat licin sekali. Terdapat beberapa tiang yang bersejarah lagi mustajab tempat untuk berdoa di dalam Masjid ini.
Di perkarangan Masjid Nabawi adalah Tanah Perkuburan Baqi. Di sinilah mereka yang terpilih disemadikan. Bukan calang-calang orang yang diizinkan Allah mati di Tanah Haram Madinah mahupun Mekah. Alangkah bertuahnya mereka yang diambil nyawa di sana.
Lihatlah keindahan Masjid Nabawi. Memang akan tersentuh sejahat-jahat mana manusia pun (Kal El la tu) tatkala melihatnya. Rasa seperti mahu tersungkur kerana terdapat aura yang tak dapat Kal El gambarkan di sini. Aura keinsafan dan kebanggaan dengan peninggalan Rasul terakhir kira untuk umat-umatnya. Apabila di sini terasa Rasulullah itu amat dekat dan pada sesiapa yang bakal mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah ini, sampaikanlah salam Kal El pada Rasul kita dan jangan lupa memberi salam setiap kali padanya. InsyaAllah.
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 0 Comments
Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Tour Tambahan di Madinah
Jemaah Andalusia diberi pilihan samada untuk menyertai tour tambahan di Madinah dengan bayaran extra yang mampu. Tour pilihan ini akan dirancang oleh mutawif di sana dan jemaah akan diberitahu tarikh dan masa keberangkatan. Antara tempat-tenpat lawatan bagi tour extra ini adalah ke Lapangan Magnet dan juga ke Gua Uhud.


We were so lost tiba-tiba berenti ditengah-tengah Dunia, so Amik Gambar je la.
Dilapangan magnet jemaah akan didemonstrasikan dengan keupayaan bas atau kenderaan yang dinaiki bergerak sendiri tanpa pemandu di dalamnya atas kuasa tarikan magnet, katanya. Yang pasti jalannya rata tapi yang menghairankan mengapa tarikan itu hanya ke satu arah (dan bukan ke satu arah tertentu) sedangkan tarikan magnet sepatutnya dari berbagai arah. Entah la since penerangan tour guide tak begitu komprehensive kami hanya mampu membuat kesimpulan sendiri dan meyakinkan diri itu adalah kuasa Tuhan yang Esa.

Tour ke Gua Uhud lebih menarik (bagi yang kuat kaki mereka la) sebab perlu mendaki. Jemaah yang tua dan berpenyakit macam aku ni tunggu je la dalam bas tapi KN sempat naik bersama jemaah lain dan snap-snap gambar di gua tersebut. Gua ini hanya muat untuk tiga orang dewasa duduk dan yang pasti kalau aku berjaya naik pun ahahahah hanya sampai kat pintu gua je la sebab huhuhu nipis amat nak mencelah masuk dalam gua tu (paham-paham je la ek, kalau tak fpaham buat-buat paham, hanya yang mengalami maha mengetahui).
Tour ke Lapangan Magnet dan Gua Uhud ni dilakukan selepas solat Asar dan akan berlanjutan sehingga selepas Maghrib. Maka jemaah yang mengikut tour ni akan terlepas la satu solat fardhu di Masjid Nabawi tapi seperti kata Mutawif kami, pahala ganjaran bukan hanya dengan bersolat di dalam Masjid Nabawi sahaja tapi termaksuklah dengan melawat kesan-kesan peninggalan Rasulullah di sekitar kota Madinah. Wallahualam. InsyaAllah.
7:00:00 AM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 1 Comments
Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Madinah Al Munawarah
Kami tiba di Madinah pada jam satu pagi dan menginap di hotel Jawharat Fayrouz yang terletak 75m dari Masjid Nabawi. Dari jauh lagi setibanya di kota Madinah yang suci sudah kelihatan minaret Masjid Nabawi yang tersergam indah. Madinah adalah sebuah kota besar yang pesat membangun. Dari pandangan Kal El, masyarakat Arab di Madinah adalah lebih lemah lembut peribadi mereka jika dibandingkan dengan masyarakat Arab di Mekah yang agak kasar. Mengikut Mutawif kami, ini adalah kerana latarbelakang dan sejarah keturunan mereka. Mungkin begitulah kelembutan peribadi Baginda Rasulullah semasa hayatnya yang kini jasadnya di makamkan di Masjid Nabawi di Madinah yang berkat ini.
Setelah kami check in ke bilik yang dikongsi bersama 3 orang lain (seorang guru agama dari Cheras dalam awal 40an, seorang remaja berumur 16 tahun dan seorang lagi dalam lingkungan umur Kal El) kami terus melelapkan mata kerana tak sabar menanti Subuh dan mendirikan Solat di Masjid Baginda Rasuullah SAW. Memang sepanjang dibawah jagaan Andalusia kebajikan kami terjaga, makan minum kami cukup enak dan sentiasa membangkitkan selera. Macam rasa masakan kat Malaysia ni ditambah dengan sambal belacan wajib yang disediakan semangkuk terak untuk para jemaah.
Kawasan hotel kami di Madinah adalah dalam lingkungan segi tiga emas Madinah - commercial district; shopping, fast food dan sebagainya. Maka mudahlah bagi kami setelah selesai menunaikan solat singgah dibazar-bazar berdekatan. Terdapat KFC dan Hardees (Carl's Jr.) dibawah hotel Hilton yang terletak betul-betul dihadapan Masjid Nabawi dan bersebelahan dengan hotel kami. Setiap kali lepas solat juga akan terdapat banyak gerai-gerai tepi jalan menjual pelbagai barangan seperti kayu sugi, jubah, tasbih, kurma dan buah-buahan. Yang pastinya buah-buahan di Tanah Suci ini semuanya besar-besar dan manis-manis belaka.
Selalunya jemaah akan membeli kurma dan pelbagai barangan lain di Madinah. (Kalau di Mekah kurmanya agak limited dan lebih mahal). Kurma di Madinah juga lebih segar kerana dipetik terus dari pokoknya. Kami juga tuut dibawa ke ladang kurma bagi memberi peluang jemaah membeli seberapa banyak kurma yang diinginkan (tapi kalau berat sangat excess baggage, bayar sendiri la) disamping turut disajikan dengan kurma dan teh arab yang ada dicampur pudina. memang menyegarkan. Jemaah juga akan dibawa melawat ke kawasan bersejarah seperti Bukit Uhud dan Masjid Kiblatain (Dua Kiblat) semasa di Madinah.
Berbalik pada Kota Madinah, kalau anda ke sana dalam bulan Sya'ban bersedialah untuk cuaca yang amat panas (Begitu juga dengan di Mekah). Semasa Kal El di sana cuaca mencecah 40 darjah - terik dan menyakitkan kulit. Tapi jangan bimbang, jarang kita berpeluh di sana kerana cuacanya yang kering. Bagi yang bercadang hendak berpuasa di sana, bulan Ramadhan akan lebih panas cuacanya. Waktu subuh pun begitu terasa bahang dan suhunya seumpama tengahari di Kuala Lumpur ni. Jangan lupa bawa sunglasses kalau mata tak tahan silau sebab lantai Masjid Nabawi dan Masjidil Haram berwarna putih maka faham-faham sajalah bila dah panas terik memancar tu kan.
To be continued...
10:30:00 AM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 0 Comments
Penyucian Jiwa di Tanah Suci - KL-Cairo-Jeddah
Syukur kehadrat Allah kami telah menyelesaikan ibadat umrah dalam keadaan selesa dan ditemani oleh rakan-rakan baru dalam group kami yang berdaftar bersama Andalusia Travel and Tours. Moga Allah yang Esa menerima amalan kami yang tak seberapa namun dilakukan dengan penuh ikhlas. Yang pastinya, sebelum Kal El meneruskan catatan perjalanan umrah yang baru dilalui ini, ingin sekali Kal El mengajak anda yang belum pernah ke sana untuk segera menjejakkan kaki di Tanah Haram Mekah dan Madinah. Usahlah menunggu sampai usia sudah tua atau apabila kita semakin uzur. Bagi Kal El yang memang sedia berpenyakit ini menyesal kerana tidak ke sana lebih awal lagi.
Percayalah, berada di Tanah Suci amat bermakna jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain yang pernah Kal El pergi sebelum ini. InsyaAllah, dengan keberkatan rezeki dari Allah dan dengan berkat kesihatan yang tinggal sedikit ini Kal El berazam akan ke sana lagi satu hari nanti.
Memikirkan tentang dua Tanah Haram yang kontang namun aman dan makmur itu sentiasa membuatkan Kal El mengalirkan air mata kerinduan. Barulah Kal El tahu bagaimana rasanya rindu pada Ka'bah, bagaimana mereka yang terlebih dahulu menjejakkan kaki ke sana sentiasa menyebut-nyebut kehebatan pusat berkumpulnya umat Islam seluruh dunia.
Kami tiba di Jeddah melalui Cairo menaiki pesawat Beong A300 Egypt Air yang singgah sebentar di Bombay, India. Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam di atas awan antara KLIA dan Cairo itu memang memenatkan apatah lagi bagi yang menaiki pesawat ekonomi seperti kami. Namun 12 jam itu terasa singkat bagi kebannyakan kami yang hati masing-masing sudah lama tiba dan bertaut di Tanah Suci sebelum jasad kami tiba di sana.
Dari Cairo kami manaiki pesawat Boeing Egypt Air yang lebih besar selama lebih kurang satu setengah jam untuk ke Jeddah. Tatkala menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Jeddah dengan tak semena-mena air mata berjujuran jatuh. Terasa sayu kerana semakin hampir ke tempat yang dituju dan tak sangka Allah mengizinkan Kal El menjejakkan kaki ke sini. Perkara pertama yang kelihatan adalah terminal bagi jemaah haji yang sungguh luas. Tak dapat dibayangkan betapa ramainya Umat Islam dari seluruh dunia yang ke sana semasa musim Haji.
Dari Jeddah setelah di uruskan oleh pegawai Andalusia di sana, kami berangkat menaiki bas ekspress menuju ke Tanah Haram Madinah. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam itu ditemani kegelapan malam, ditambah sekali sekala pusat R&R seperti di lebuhraya di Malaysia.
Kami singgah menjamah makanan pertama kami di Tanah Suci ini dipertengahan perjalanan. Nasi Mandi yang dihidangkan bersama ikan goreng dan ayam bakar memang begitu menyelerakan. Tak pernah rasanya menjamah nasi yang begitu simple hidangannya tapi begitu sedap rasanya. Nasi dihidangkan di dalam dulang dan dikongsi bersama 3 orang yang lain.
Mujur group kami hanya terdiri daripada 21 orang, termasuk 3 orang kanak-kanak dari sebuah keluarga rakyat Indonesia yang bapanya bekerja di Kuala Lumpur. Group kami begitu ceria dengan kehadiran 3 orang anak kecil yang amat pintar ini dan hubungan kami memang akrab sepanjang berada di Tanah Suci walaupun baru berkenalan. Memang betul, kalau persahabatan itu dijalinkan berlandaskan agama dan apabila masing-masing menuju kesatu matlamat keagamaa, insyaAllah hubungan itu akan berkekalan.
Dengan kumpulan yang kecil ini, dapatlah kami menaiki bas dalam keadaan selesa. Alhamdulillah.
To be continued...
7:03:00 AM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 3 Comments
Umrah Today
Dear friends, I will be away on my Umrah trip starting today. InsyaAllah the flight will be at 11:40 pm tonight. Kal El mohon berbanyak ampun dan maaf sekiranya atas keterlanjuran kata atau kerterlampauan perilaku. Harap doakan kesejahteraan dan kesihatan kami di sana.
With this, Death of Kal El will pause its posts until the writer comes back, InsyaAllah.
Assalamu'alaikum.
12:00:00 PM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 2 Comments
Alhamdulillah...
"O my Lord, Here I am at Your service, Here I am. There is no partner with You. Here I am. Truly, the praise and the provisions are Yours, and so is the dominion and sovereignty. There is no partner with you."
Alhamdulillah. Our dream to set foot in Makkah for Umrah is becoming a reality. Our Visas have just been approved and this good news was relayed to us by our agent Andalusia after our Umrah class yesterday morning. We'll be leaving in less than three weeks and we're counting every second till the day comes. Maha suci Allah, only He knows how it feels deep inside to how badly I want to be there and everytime I practice the Talbiyah I feel nearer to the Ka'abah. I've never felt this way in my whole life before. It's hard to describe but the feeling is wonderful.
InsyaAllah... Do pray for our well being. A million thanks.
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 2 Comments
Our First Umrah Class
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 3 Comments
InsyaAllah...
Alhamdulillah both KN and I have registered for Umrah this coming August 2008 with Andalusia Travel n Tours . InsyaAllah the date of departure would be August 10th and we'll be back on August 25th. To anyone reading this, do pray for our well being. Do pray for a positive change when we return. Thank you. very much.
Alhamdulillah, thank God for the endless shower of barkah from Allah that we'll be able to go there together. InsyaAllah.
8:23:00 PM | Kal El Writes... On Andalusia Travel n Tours, On Umrah | 0 Comments