Nasi Lemak Antarabangsa @ Kampung Baru

Oleh kerana Kembara Musafir telah membuatkan diriku amat jeles dengan hidangan Nasi Lemak dipagi raya di kampungnya, maka Kal El pun tercari-cari gambar-gambar semasa mentekadarah kat Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru long before puasa came hari tu bagi menghilangkan rindu pada nasi lemak di Aidilfitri ke 5 ini.


Wargakota Kuala Lumpur pasti kalau tak pernah merasa, akan pernah mendengar nama Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru Kuala Lumpur. Kalau dulu-dulu masa belajar ataupun zaman muda-muda masa masih suka berembun sampai subuh, di sinilah salah satu tempat bersidai Kal El dengan kawan-kawan. Bertemankan tikus-tikus sebesar kucing di Kampung Baru tu dan hiruk pikuk warga kota yang tak pernah kenal erti tido.

Nasi Lemak Bergedil dan Paru Goreng Pilihan KN

Namun sebesar mana pun tikus di sana, ramai yang masih datang mengunjungi kampung ditengah-tengah kota metropolitan ini dan salah satu tarikannya adalah Nasi Lemak Antarabangsa. Apa istimewanya Nasi Lemak Antarabangsa ni? Yup, Kal El gemarkan sambal tumisnya dan juga rendang dagingnya.

Nasi Lemak Rendang Daging dan Bergedil Pilihan ku...

Yang Kal El lebih gemar kerana mereka tidak kedekut bila mintak sambal lebih (haaa tarok... tarok... dan harganya pun nah kau... tarok jugak ler heheheh). Dulu-dulu di kala Kal El gemar menyucuk bintang inilah makanan saban malam tapi kini hanya menjadi santapan sekali sekala je kalau Kal El terasa teringin... sesekali kurasa teringin muahaha...

Banyak juga la cerita-cerita tak sedap yang didengar pasal Nasi Lemak Antarabangsa ni tapi bagi Kal El selagi tak ada bukti dan tak nampak depan mata, InsyaAllah Kal El tak percaya. Kalau benar apa yang didakwa, maka jawablah nanti pada yang Esa. Yang Kal El tau, bantai saja, janji nafsu terbela... huhuhu.. rhyme plak. Ala biasa la adat orang berniaga, ada saja musuhnya... huhu rhyme lagik...

Ok la hmmmm mana la aku nak carik Nasik Lemak reraya ni.... betul la Kembara Musafir ni tau pi sebut Nasi Lemak plak time-time gini...Chit!

I'm reading: Nasi Lemak Antarabangsa @ Kampung BaruTweet this!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger