Farewell My Friend - Al-Fathihah

I have just received a news that one of my batch mates from the uni was in a car accident on Raub - Lipis Road in Pahang and had passed away yesterday 5th November 2007 @5:30 pm. May his soul be blessed.

I am, well, uncertain of my feelings. Perhaps a little sad and mostly relieved as the deceased wasn't really a close acquaintance and he wasn't a favorite friend of mine. He was, when we were in the Center for Preparatory Studies (PPP) in Shah Alam, my roommate for about a semester or less. It's a long story where roommates turn out to be the greatest enemies. Since he is no longer around I better not say why.

After 14 years of grudge, hatred and not communicating with him, the news of his passing has somewhat soften my heart and maybe my ego. What he did was really wrong but Mat (as what we called him), even though you never apologized, I FORGIVE YOU deep from my heart hoping that you will rest in peace. I think I could now forget the things you did and totally erase that bad experience from my memory.

Rest in peace dear friend.

Here's a news clipping from Utusan Malaysia about the accident. Picture is taken from Sinar Harian Newspaper. Al-Fathihah.

Empat maut dalam dua kemalangan berasingan

RAUB 6 Nov. - Empat termasuk seorang wanita maut manakala dua lagi cedera parah dalam dua kemalangan jalan raya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kemalangan pertama yang berlaku pukul 5.30 petang di KM126.8, Jalan Raub-Lipis, satu kilometer dari Pondok Polis Sega menyebabkan tiga kematian.

Kemalangan berlaku pukul 5.30 petang.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Avanza dan bas ekspres itu meragut nyawa pemandu kereta berkenaan, Mohammad Nur Ikhwan Omar, 21, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan seorang penumpang, Ahmad Nizarudin Abdullah, 33, seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis.

‘‘Mohammad Nur Ikhwan dan Ahmad Nizarudin dipercayai mati di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala dan badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu kata beliau, pemilik kereta berkenaan, seorang lelaki Cina yang duduk di sebelah Mohammad Nur Ikhwan hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raub.

Menurut Wan Mohd. Samsudin, Bomba mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk mengumpil kereta tersebut bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang tersepit kerana kereta tersebut remuk teruk terutamanya di sebelah bahagian pemandu.

‘‘Siasatan awal mendapati kereta mangsa dari arah Benta menuju ke Raub dipandu laju dan tidak terkawal sehingga terbabas di lorong sebelah kanan dan hampir bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya pemandu kereta tersebut sempat mengelak dan menyebabkan kereta mangsa merempuh bas ekspres yang berada di belakang kereta berkenaan.

Katanya, kenderaan pelbagai guna tersebut melanggar bahagian hadapan sebelah kanan bas berkenaan.

Bagaimanapun kesemua 20 penumpang termasuk pemandu bas ekspres berkenan tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu bas ekspres itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang wanita maut apabila kereta Proton Wira yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan yang berlaku di KM145.3, Batu Tiga, Jalan Raub-Lipis.

Wan Mohd Samsudin berkata dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Warimutuh Balakrisnan, 26, mati di tempat kejadian manakala dua lelaki lain yang turut berada dalam kereta itu mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Daerah Raub.

‘‘Pemandu pacuan empat roda itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,’’ katanya.

I'm reading: Farewell My Friend - Al-FathihahTweet this!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger