Susuk
Filem susuk tahun 2006 akhirnya masuk panggung pada 7 Ogos 2008 namun Kal El dan KN tak berkesempatan menonton sebab kami sedang sibuk bersiap untuk menunaikan ibadah umrah. Sebenarnya kami tak perasan pun cerita ini yang agak dinantikan oleh Kal El ditayangkan di pawagam, mungkin kerana publisiti yang sedikit atau mungkin ketidakperihatinan Kal El sendiri.
KN terjumpa DVD Susuk ini (original tau) di Ampang Park semasa kami menikmati dinner di Cozy Corner. Tertulis dicover DVD tersebut bahawa filem ini meraih box office RM2.6 juta namun setelah menontonnya ternyata Kal El tak mengerti betapa ramainya umat manusia di Malaysia ini yang mungkin sama rasa tertipu dengan filem yang mempunyai tajuk yang sungguh menarik dan unik ini.
Tidak pernah Kal El tertidur dikala menonton filem bergenre seram tapi berlaku apabila Kal El menonton filem ini. It was just plain boring dan para pelakonnya walaupun nama-nama mereka gah dan popular, alamak... kesian lah! They were stiff and lifeless. Sorry to say this to a Malaysian movie but things could've been better. I suppose banyak yang telah diubah suai menjadikan filem ini tidak menarik langsung untuk Kal El tonton.
Namun begitu, tontonlah sendiri dan nilailaj sendiri filem Susuk ini. Jangan hanya percaya pada penilaian Kal El yang mungkin berat sebelah tapi ini adalah pandangan ikhlas dari Kal El sebagai penonton.
Sinopsis from Glamstarz!
Pengarah: Amir Muhammad, Naeim Ghalili
Pelakon: Ida Nerina, Adlin Aman Ramlie, Diana Rafar, Sofea Jane, Hairie Othman, Noorkhiriah, Aleeza Kassim, Anne Abdullah.
Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang.
Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain.
Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan.
Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.
I'm reading: SusukTweet this!
7:30:00 AM
|
Kal El Writes...
On Movies
|
This entry was posted on 7:30:00 AM
and is filed under
On Movies
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment