Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Masjid Nabawi

Sempena kedatangan Aidil Adha 8hb nanti Kal El ingin menyambung semula cerita perjalanan Kal El ke Tanah Suci bulan August lepas yang terhenti atas sebab-sebab teknikal.

Masjid Nabawi adalag peninggallan Rasulullah SAW yang amat indah. Memang Masjid ini telah ditambah baik dan dibesarkan. Maksud Kal El 'indah' di sini adalah keajabian yang Masjid Nabawi tinggalkan dihati sanubari pengunjungnya. InsyaAllah.

Masjid Nabawi dari perkarangan Hotel Hilton

Kalau di Saudi mapabila masuk ke Masjid, terutama Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, kadangkala akan ada pemeriksaan beg pengunjung dan kamera akan dirampas. Tapi guards Arab ni ikut mood. Kalau mereka rajin habisla semua beg pun dia check, kalau tiba time depa malas ambil gambar bersahaja depan Ka'abah pun tak ada masalah. So Kal El dan KN bawa camera ke Masjid ini pada waktu Subuh hari terakhir kami di Madinah.

Pintu masuk ke Masjid Nabawi

Seperti yang Kal El pernah katakan dulu, kunjungan ke Madinah ini memang menenangkan hati, menyejukkan jiwa. Tergambar betapa sejuknya hati Rasulullah kita dan pembawakannya sampai ke hari ini.

Kalau Solat Jumaat Maka Akan Terdapat Jemaah
Bersembahyang Hingga ke Pintu Pagar ini


Minaret Masjid Nabawi ini sangat tinggi, dan oleh kerana tidak banyak bangunan tinggi di sekitar Madinah maka minaret ini mula kelihat kepada para jemaah sejam sebelum tiba di perkarangan Masjid. Manakan tidak, kami tiba di waktu malam dan cahaya indah Masjid Nabawi terpancar dengan kemegahan minaretnya yang kelihatan dari jauh. Sejam sebelum tiba dihotel yang berdekatan dengan Masjid Nabi ini Kal El sudah tidak dapat mempalingkan muka dari arah tingkap bas. Seronok tak terhingga rasanya akan dapat menjejekkan kaki ke situ.

Pandangan Sisi

Di dalam Masjid Nabawi inilah terletaknya makan Nabi Muhammad SAW dan Raudhah, iaitu tempat mustajab untuk berdoa. Alhamdulillah, Kal El dan KN dapat bersembahyang dan memanjatkan doa di situ dan kedatangan kami menjenguk Rasulullah amat licin sekali. Terdapat beberapa tiang yang bersejarah lagi mustajab tempat untuk berdoa di dalam Masjid ini.

Lagi Pandangan Sisi

Di perkarangan Masjid Nabawi adalah Tanah Perkuburan Baqi. Di sinilah mereka yang terpilih disemadikan. Bukan calang-calang orang yang diizinkan Allah mati di Tanah Haram Madinah mahupun Mekah. Alangkah bertuahnya mereka yang diambil nyawa di sana.

Bilakah Kal El Dapat Ke sana Lagi? Rindunya...

Lihatlah keindahan Masjid Nabawi. Memang akan tersentuh sejahat-jahat mana manusia pun (Kal El la tu) tatkala melihatnya. Rasa seperti mahu tersungkur kerana terdapat aura yang tak dapat Kal El gambarkan di sini. Aura keinsafan dan kebanggaan dengan peninggalan Rasul terakhir kira untuk umat-umatnya. Apabila di sini terasa Rasulullah itu amat dekat dan pada sesiapa yang bakal mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah ini, sampaikanlah salam Kal El pada Rasul kita dan jangan lupa memberi salam setiap kali padanya. InsyaAllah.

I'm reading: Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Masjid NabawiTweet this!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger