Penyucian Jiwa di Tanah Suci - KL-Cairo-Jeddah

Syukur kehadrat Allah kami telah menyelesaikan ibadat umrah dalam keadaan selesa dan ditemani oleh rakan-rakan baru dalam group kami yang berdaftar bersama Andalusia Travel and Tours. Moga Allah yang Esa menerima amalan kami yang tak seberapa namun dilakukan dengan penuh ikhlas. Yang pastinya, sebelum Kal El meneruskan catatan perjalanan umrah yang baru dilalui ini, ingin sekali Kal El mengajak anda yang belum pernah ke sana untuk segera menjejakkan kaki di Tanah Haram Mekah dan Madinah. Usahlah menunggu sampai usia sudah tua atau apabila kita semakin uzur. Bagi Kal El yang memang sedia berpenyakit ini menyesal kerana tidak ke sana lebih awal lagi.

Percayalah, berada di Tanah Suci amat bermakna jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain yang pernah Kal El pergi sebelum ini. InsyaAllah, dengan keberkatan rezeki dari Allah dan dengan berkat kesihatan yang tinggal sedikit ini Kal El berazam akan ke sana lagi satu hari nanti.

Setibanya di Cairo, Egypt

Memikirkan tentang dua Tanah Haram yang kontang namun aman dan makmur itu sentiasa membuatkan Kal El mengalirkan air mata kerinduan. Barulah Kal El tahu bagaimana rasanya rindu pada Ka'bah, bagaimana mereka yang terlebih dahulu menjejakkan kaki ke sana sentiasa menyebut-nyebut kehebatan pusat berkumpulnya umat Islam seluruh dunia.

Kami tiba di Jeddah melalui Cairo menaiki pesawat Beong A300 Egypt Air yang singgah sebentar di Bombay, India. Perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam di atas awan antara KLIA dan Cairo itu memang memenatkan apatah lagi bagi yang menaiki pesawat ekonomi seperti kami. Namun 12 jam itu terasa singkat bagi kebannyakan kami yang hati masing-masing sudah lama tiba dan bertaut di Tanah Suci sebelum jasad kami tiba di sana.

Terminal Jemaah Haji yang Amat Luas di hadapan Lapangan Terbang Jeddah

Dari Cairo kami manaiki pesawat Boeing Egypt Air yang lebih besar selama lebih kurang satu setengah jam untuk ke Jeddah. Tatkala menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Jeddah dengan tak semena-mena air mata berjujuran jatuh. Terasa sayu kerana semakin hampir ke tempat yang dituju dan tak sangka Allah mengizinkan Kal El menjejakkan kaki ke sini. Perkara pertama yang kelihatan adalah terminal bagi jemaah haji yang sungguh luas. Tak dapat dibayangkan betapa ramainya Umat Islam dari seluruh dunia yang ke sana semasa musim Haji.

Bas yang Membawa Kami ke Madinah

Dari Jeddah setelah di uruskan oleh pegawai Andalusia di sana, kami berangkat menaiki bas ekspress menuju ke Tanah Haram Madinah. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam itu ditemani kegelapan malam, ditambah sekali sekala pusat R&R seperti di lebuhraya di Malaysia.

Restoran Yamaan di tengah-tengah Lebuhraya antara Jeddah dan Madinah

Kami singgah menjamah makanan pertama kami di Tanah Suci ini dipertengahan perjalanan. Nasi Mandi yang dihidangkan bersama ikan goreng dan ayam bakar memang begitu menyelerakan. Tak pernah rasanya menjamah nasi yang begitu simple hidangannya tapi begitu sedap rasanya. Nasi dihidangkan di dalam dulang dan dikongsi bersama 3 orang yang lain.

Open Air Concept ala Karaoke (Ada TV) dan Nasi Mandi yang Sangat Enak

Mujur group kami hanya terdiri daripada 21 orang, termasuk 3 orang kanak-kanak dari sebuah keluarga rakyat Indonesia yang bapanya bekerja di Kuala Lumpur. Group kami begitu ceria dengan kehadiran 3 orang anak kecil yang amat pintar ini dan hubungan kami memang akrab sepanjang berada di Tanah Suci walaupun baru berkenalan. Memang betul, kalau persahabatan itu dijalinkan berlandaskan agama dan apabila masing-masing menuju kesatu matlamat keagamaa, insyaAllah hubungan itu akan berkekalan.

Dengan kumpulan yang kecil ini, dapatlah kami menaiki bas dalam keadaan selesa. Alhamdulillah.

To be continued...

I'm reading: Penyucian Jiwa di Tanah Suci - KL-Cairo-JeddahTweet this!

3 comments:

Kembara Musafir said...

aiyooo... itu nasi mandi tak boleh makan selalu wooo... banyak minyak. dan selalunya depa bagi berlebih2... and mandi selalunya tak berkuah.... leceh sket utk sesapa yg selalu makan nasi berkuah nih (atau minimum berkicap)... hehe...

Kembara Musafir said...

and flight KL - Mumbai - Cairo - Jeddah.... wow... sakit tuh...! jauh banget...!

Syahr-El said...

memang sakit flight macam pusing satu dunia + egypt air steward & stewardess mostly were rude dan takde nye yang manis2 muka... sume mcm Firaun gamaknya (opps terkurang pahala posa ku mengumpat)tapi ok la at least i can tell people i've been to mumbai and cairo kan ahahahaha...

Nasik Mandi memang sedap sehingga menjilat dulang...walaupun tak berkuah huhuhu sedappppnyeeee... but I tak suka Egyptian food (at least those served on the plane)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger