Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Madinah Al Munawarah
Kami tiba di Madinah pada jam satu pagi dan menginap di hotel Jawharat Fayrouz yang terletak 75m dari Masjid Nabawi. Dari jauh lagi setibanya di kota Madinah yang suci sudah kelihatan minaret Masjid Nabawi yang tersergam indah. Madinah adalah sebuah kota besar yang pesat membangun. Dari pandangan Kal El, masyarakat Arab di Madinah adalah lebih lemah lembut peribadi mereka jika dibandingkan dengan masyarakat Arab di Mekah yang agak kasar. Mengikut Mutawif kami, ini adalah kerana latarbelakang dan sejarah keturunan mereka. Mungkin begitulah kelembutan peribadi Baginda Rasulullah semasa hayatnya yang kini jasadnya di makamkan di Masjid Nabawi di Madinah yang berkat ini.
Setelah kami check in ke bilik yang dikongsi bersama 3 orang lain (seorang guru agama dari Cheras dalam awal 40an, seorang remaja berumur 16 tahun dan seorang lagi dalam lingkungan umur Kal El) kami terus melelapkan mata kerana tak sabar menanti Subuh dan mendirikan Solat di Masjid Baginda Rasuullah SAW. Memang sepanjang dibawah jagaan Andalusia kebajikan kami terjaga, makan minum kami cukup enak dan sentiasa membangkitkan selera. Macam rasa masakan kat Malaysia ni ditambah dengan sambal belacan wajib yang disediakan semangkuk terak untuk para jemaah.
Kawasan hotel kami di Madinah adalah dalam lingkungan segi tiga emas Madinah - commercial district; shopping, fast food dan sebagainya. Maka mudahlah bagi kami setelah selesai menunaikan solat singgah dibazar-bazar berdekatan. Terdapat KFC dan Hardees (Carl's Jr.) dibawah hotel Hilton yang terletak betul-betul dihadapan Masjid Nabawi dan bersebelahan dengan hotel kami. Setiap kali lepas solat juga akan terdapat banyak gerai-gerai tepi jalan menjual pelbagai barangan seperti kayu sugi, jubah, tasbih, kurma dan buah-buahan. Yang pastinya buah-buahan di Tanah Suci ini semuanya besar-besar dan manis-manis belaka.
Selalunya jemaah akan membeli kurma dan pelbagai barangan lain di Madinah. (Kalau di Mekah kurmanya agak limited dan lebih mahal). Kurma di Madinah juga lebih segar kerana dipetik terus dari pokoknya. Kami juga tuut dibawa ke ladang kurma bagi memberi peluang jemaah membeli seberapa banyak kurma yang diinginkan (tapi kalau berat sangat excess baggage, bayar sendiri la) disamping turut disajikan dengan kurma dan teh arab yang ada dicampur pudina. memang menyegarkan. Jemaah juga akan dibawa melawat ke kawasan bersejarah seperti Bukit Uhud dan Masjid Kiblatain (Dua Kiblat) semasa di Madinah.
Berbalik pada Kota Madinah, kalau anda ke sana dalam bulan Sya'ban bersedialah untuk cuaca yang amat panas (Begitu juga dengan di Mekah). Semasa Kal El di sana cuaca mencecah 40 darjah - terik dan menyakitkan kulit. Tapi jangan bimbang, jarang kita berpeluh di sana kerana cuacanya yang kering. Bagi yang bercadang hendak berpuasa di sana, bulan Ramadhan akan lebih panas cuacanya. Waktu subuh pun begitu terasa bahang dan suhunya seumpama tengahari di Kuala Lumpur ni. Jangan lupa bawa sunglasses kalau mata tak tahan silau sebab lantai Masjid Nabawi dan Masjidil Haram berwarna putih maka faham-faham sajalah bila dah panas terik memancar tu kan.
To be continued... I'm reading: Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Madinah Al MunawarahTweet this!
10:30:00 AM
|
Kal El Writes...
On Andalusia Travel n Tours,
On Umrah
|
This entry was posted on 10:30:00 AM
and is filed under
On Andalusia Travel n Tours
,
On Umrah
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment