Teater Muzikal Patung Kertas @ Paper Doll

Yey! We're going to the musical theathre, Patung Kertas at Matic ampang this Wednesday April 30th 2008. This would be our first play this year after the last being Puteri Gunung Ledang on Valentine's Day last 2 years. I used to frequent plays whenever they are staged around KL when I was younger and still Solo. I sorta miss going to the Petronas Philharmonic where I used to be a member for a few seasons early this century. I still have passion for plays and classical music, perhaps it's about time to start going again? Hmmmm where's that suit of mine lah?

Excited nih and we're also planning to go to P.Ramlee The Musical Season 2 end of May (if it's not going to be full house again like in the previous season, hopefully we're able to get the tickets - going to get them this evening @ Tower Records, KLCC. Yey again!

Our seats on Wednesday, April 30th - Seats J14 & J15

Jalal Hayati Watak Pondan Tua dalam 'Patung Kertas'

13-12-2007 10:39:51 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

SUDAH ramai aktor tempatan yang berani mengubah haluan lakonan mereka dengan memegang watak 'lelaki lembut'.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Ahmad Azhar Othman atau Awie juga pernah melakonkan watak 'lelaki lembut' yang juga pereka fesyen bernama Sophie dalam filem "Apa Kata Hati" yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Mampukah Jalal melakonkan watak "lelaki lembut" dengan baik? (Foto The Star
oleh Ricky Lai)

Selain Awie, pelakon utama filem "Waris Jari Hantu" Rusdi Ramli turut melakonkan watak tersebut sehingga berjaya menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 20 lalu.

Kali ini, pelakon popular Datuk Jalaluddin Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jalal yang biasanya melakonkan watak lelaki sejati itu menukar citarasanya untuk mengikut langkah Awie dan Rusdi dalam pementasan teater muzikal "Patung Kertas" pada Februari tahun hadapan.

"Masa mula-mula dapat tawaran untuk berlakon dalam teater ini saya tak fikir apa-apa pun dan tak tengok skrip.

"Tetapi setelah mendapat panggilan daripada produser yang mengatakan pengarahnya adalah Lokman Ghani terus saya bersetuju kerana beliau merupakan salah seorang pengarah teater yang terbaik di Malaysia.

"Seminggu selepas tu baru saya mendapat tahu skripnya melakonkan watak lelaki lembut," kata Jalal ketika sesi bergambar bersama pelakon yang lain di Pusat Pelancongan Malaysia semalam.

Teater muzikal "Patung Kertas" karya penulis skrip dan pengarah tersohor A.Wahid Nasir mengisahkan seorang lelaki bernama Arman atau Adik Chu lakonan Zuhairi yang memang disifatkan menjadi 'lembut' sejak kecil lagi.

Beliau merupakan anak yatim piatu yang kematian seorang ibu yang menderita penyakit barah darah yang kronik.

Selepas ibunya meninggal, Arman terpanggil untuk membuat kerja amal untuk membantu yayasan penyakit kronik dan kebetulan rapat dengan seorang penggiat seni dan peniaga butik, Hairol (Jalal) setelah beliau diselamatkan oleh Hairol atau Along dari serbuan polis.


Barisan 'Patung Kertas' yang pertama kali mementaskan kisah 'lelaki lembut' membuat pertunjukan amal.
(Dari kiri duduk: Zuhairi, Wafa, Jalal dan Along Faris)

Mereka berdua menubuhkan pasukan "patung kertas" untuk tujuan mengadakan persembahan amal bagi mengisi tabung yayasan penyakit kronik itu.

Sekian lama Arman memendam rasa pada Hairol namun demi persahabatan, dia terus membisu sehinggalah muncul Khairi (Along Faris) iaitu seorang pegawai bank yang menjadi ahli kumpulan "patung kertas" dan konflik semakin bertambah apabila muncul seorang gadis bernama Mariam (Rashidah Jaafar) dalam hidup Hairol.

"Sebagai pelakon, ini merupakan cabaran saya untuk memainkan watak lelaki lembut yang tak pernah dilakonkan sebelum ini. Perasaan saya berbaur dan bimbang kerana memikirkan samada saya boleh buat atau tidak.

"Namun saya percaya dengan skrip yang dihasilkan oleh Wahid ini saya dapat teliti dan halusi kehendak skrip itu dengan cara terbaik atas sokongan Lokman dan semua tenaga produksi.

"Lagipun saya pernah bekerjasama dengan Wahid sejak berbelas tahun dahulu dan bagi saya skrip cerita "Gerimis Salju" adalah antara skrip yang terbaik untuk dilakonkan," ujar Jalal yang berusia 54 tahun ini.


Jalal tertawa lucu melihat wajahnya setelah disolek tebal

Melihat Jalal memakai pakaian wanita dengan solekan tebal, rambut palsu dan bertumit tinggi, wajahnya nampak feminin sekali setelah didandan selama dua jam oleh jurusolek Ika Osman, Gina dan Lili dari Ika Frency.

"Cabaran saya adalah untuk menukar watak lelaki sejati kepada seorang lelaki lembut yang tidak tahu bagaimana dunia mereka secara sebenarnya.

"Tetapi sepanjang saya bercampur dengan golongan ini, saya dapat tahu serba sedikit tentang mereka dan hormati mereka sebagai mahluk Allah.

"Insya Allah, dengan bantuan mereka saya dapat lakukannya kerana boleh dikatakan saya selalu berjumpa dengan mereka pada sepanjang hari bekerja," ulas Jalal yang menjadikan jurusolek artis sebagai rujukan untuk memantapkan lakonannya nanti.

Beliau juga menggunakan peluang dan bertanya kemusykilan menghayati watak dengan merujuk kepada wartawan Syed Yusof Wafa yang turut buat penampilan khas sebagai Doni dalam teater ini.


Jalal disolek selama dua jam bagi mengubah wajah asalnya menjadi lebih feminin

"Setakat ini, keluarga saya belum tahu mengenai watak yang akan saya lakonkan ini. Saya sengaja tak bagi tahu mereka kerana nak bagi kejutan.

"Saya juga tak mahu canangkan kerana khuatir jika ia ibarat indah khabar dari rupa. Kalau mereka tahu selepas ini pun saya akan diamkan sahaja sehinggalah hari pementasannya nanti.

"Kalau mereka tahu mungkin mereka akan faham dan mereka selalu memberi sokongan yang jitu kerana ini adalah karier saya," jelas Jalal yang sudah lebih 20 tahun membabitkan diri dalam pementasan teater manakala bergiat dalam dunia seni lakonan sejak 30 tahun lalu.

Selain bakal sibuk dengan teater yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia nanti, beliau turut sibuk dengan pengambaran drama 26 episod "Noktah Dendam" arahan Rosli melalui usahasama Malaysia dan Indonesia.

"Saya yang memegang watak Mahadi sudah memulakan pengambaran di Pulau Langkawi bersama pelakon Datuk Aziz Sattar, Nisha Dir, Marisa, Jessy Lim dan pelakon lelaki dari Indonesia.

"Pada bulan Januari depan saya berada di Indonesia berkemungkinan selama empat hari untuk menjalani pengambaran bersama pelakon popular Indonesia, Roy Martin.

"Saya seronok mendapat tawaran ini dan bekerjasama dengan pelakon Indonesia kerana dari situ kita dapat menonjolkan disiplin kita dan cara kita berkarya.

"Diharap kita akan berada setaraf dengan pelakon mereka seperti pelakon hebat Roy Martin.

"Pertama kali ditemukan bersamanya dalam satu drama saya berasa teruja kerana saya meminatinya sejak dahulu lagi," kata Jalal mengenai drama yang dijangka siap pada bulan Mac akan datang.

Drama terbitan Double Vision Sdn. Bhd. ini berkisar perniagaan melibatkan seorang saudagar berlian yang mendapat persaingan dengan saudagar dari Indonesia untuk meneroka 'player' di Asia.

Selain dapat bekerjasama dengan pelakon Indonesia, Jalal juga pernah berlakon dalam drama "Tsunami" yang diarahkan oleh pengarah dari China dan drama tersebut bakal disiarkan oleh saluran CCTV di sana.

"Saya senang bekerja dengan pengarah tersebut kerana saya hanya perlu menggunakan bahasa Malaysia dan kefahaman dari segi ekspresi muka.

"Bagi saya disiplin penting dalam berlakon sebab dari situ produksi luar akan memerhati dan menilai cara kita bekerja," akhiri Jalal yang tidak kedekut untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelakon lain tentang disiplin diri.

I'm reading: Teater Muzikal Patung Kertas @ Paper DollTweet this!

6 comments:

Kembara Musafir said...

huaaa....!!! best nyer go teater...!! miss that a lot... have fun at the theatre... and musical end May...!!

Syahr-El said...

Thank you... thank you... memang excited gila ni. it has been awhile for me too. Yang P.Ramlee the Musical tu tak dapat ticket end of May because the seats we wanted dah fully booked, so settled for June 3rd hehehe. Kat sana takde international theathres you can go to ke?

Kembara Musafir said...

got, but the very expensive one... the last one that I went to was "Jumana : secret of the dessert".. open air theatre with laser, water, sound effect... memang kelas ler, but setahun sekali jer ler tengok... ticket was AED300 a seat (dlm MYR320)... but I went to see this Mak Yong show kat Laman Budaya (blkng Istana Budaya, smaller theatre) when I was on holiday kat Mesia in May... pun tak sempat tengok P Ramlee the musical.. baru jer habih masa tuh....

Syahr-El said...

wahh best best... the humana: secret of the dessert tu in english ek? sounds interesting.. and guess what, disney is coming to town in late June/early july for Beauty and the Beast pulak.... nak pegiiiiiii!

Kembara Musafir said...

yup, English, narrated by Omar Shariff (recording ler tuh...)

Beauty & the beast...? eh dulukan depa dah sampai...? Beauty & the Beast on ice... kat Stadium Putra... anyhow... enjoy the shows!

Syahr-El said...

ni bukan on ice punya... ni broadway style...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger