Aku Hangin

Minggu ni aku memang malas nak mampos, marah dan juga segala jenis M dalam dunia ni yang negatif-negatif belaka. Memang mood langsung takde nak buat keje. Berikut antara sebab-sebab kenapa aku jadik mcam ni:

1. Aku hangin sebab janji nak kasi orang keje kat group aku tapi sampai sekarang takde. Projek baru dah nak start tapi yang ada dua orang ni je la nak buat. Team lagi satu mintak orang je dapat, mintak je dapat - nak mampos dah ni asik tidor lambat je hari2. Ingat aku ni mesin ke apa? Mentang-mentang aku jadi pak sanggup siapkan jugak keje yang berlambak ni - dah tgk aku boleh buat berdua je ingat nak terus suruh aku buat 2 orang je la agaknya - go to hell. Aku berjanji untuk projek baru ni, selagi tak nampak batang hidung sorang pembantu aku yang boleh dipakai dan berguna, haram aku nak start buat!

2. Aku hangin sebab duit part time tak dapat-dapat - janji lepas sign off project dapat ni dah 2 bulan selepas tak dapat-dapat lagi. Dah la projek ni tertangguh lebih 4 bulan - kalau masa aku jaga dulu takdela sampai 4 bulan lewat - babi betul la. Aku nak pakai duit ni tau tak? Bila tanya , kita pulak yang kene marah balik. Dah takde duit buat la cara takde duit woi!

3. Aku hangin jugak sebab aku letih. Berkaitan dengan masalah nombor 1. Letih kepala hotak, letih hati, letih ketiak, letih segalanya. Aku letih kerja ngan orang-orang cenggini, aku letih sebab dorang ni semua bongok, aku letih dengan perangai bodoh sombong dorang ni.

4. Aku hangin sebab aku dah malas nak buat kerja. Satu benda yang patut aku habiskan minggu merdeka hari tu baru semalam aku habiskan. Peduli apa aku? Aku memang dah tak peduli. Lantak la apa nak jadi. Aku malas nak buat camana kan? Sukahati aku lah. Korang bukan kisah pun. Dah la aku asik sakit belakang, ketiak pun sakit sebab tangan ni tergantung bila menaip - furniture opes ni tangkap muat je - tak ergonomik langsung!

5. Aku hangin sebab best pren aku nak blah. Dia dah dapat kerja baru... abis nanti sapa nak buat farewell aku la?

Sekain.

Aku penat.

Aku malas.

Aku marah...

I'm reading: Aku HanginTweet this!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger