Erkkk!



Sama je macam orang2 atasan kat sini... hati busuk... gitu jugalah bau dalam lifnye! Dah seminggu rasanya lif ni bau bangkai... eyuuuccckkks! Sunggu meloyakan. Agaknya orang2 kat sini hidung dah sumbat ngan simen agaknya kot... simen takpe, jangan semen dah ler... mana la tau kan tersumbat dek keje meniup malam tadi muahahahahah! Keji aku!

Hmmmm 2 - 3 hari lagi nak posa tapi kalau ada apa2 aku tetap akan tulis dalam ni, almaklumlah akan lebih banyak masa terluang kat sini... waktu bekerja offical ialah 8:30 hingga 4:30 ptg muahahah start kul 9:00 pun aku masuk keje 10:30, ini kan masuk 8:30? Farneeeee!

Tadi si kura kurap ada bagi memo untuk waktu kerja bulan posa. Cehhh nampak sangat dia main amik surat tahun dulu punya dan ntahnya tak tukar apa pun, tahun je la, sebab tarikh memo tu 20 October 2006... boleh tak? Ahahahah dengan masih ada waktu kerja untuk cawangan Terengganu... err, bukan kat Ganu tu dah tutup for good ke? Bodo ke apa kura kurap ni? Nampak sangat pemalas... tengok aku, sambil buat keje yang sungguh berlambak, dengan tak cukup orangnya dalam team aku, masih boleh menonton siri2 TV yang di donload seperti Kyle XY, Weeds, Prison Break 2 dan jugak yang terbaru, Heroes... masih menanti Entourage dan berbagai siri lagi. Masih jugak mampu untuk aku membebel dan meluahkan perasaan dalam ni - takde la sampai malas nak buat kerja macam kura kurap tu - dah malas, kantoi salah fakta pulak... hmmm apa lah nak jadi?

Ok ler, sempena nak berposa ni, aku ucapkan selamat berpuasa. Moga banyak pahala korang, kalau nak bercuti dari membaca blog ni pun aku tak kisah sebab aku tau, bukan ada orang baca pun! Muahahaha lantak ler... semata nak melepas segala perasaan... kalau tak, boleh jadi gila macam Saiko jantan dan betina tu.. Ahahaha al kisah mereka dikemudian hari ler...

I'm reading: Erkkk!Tweet this!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger