Erkkk!
Hmmmm 2 - 3 hari lagi nak posa tapi kalau ada apa2 aku tetap akan tulis dalam ni, almaklumlah akan lebih banyak masa terluang kat sini... waktu bekerja offical ialah 8:30 hingga 4:30 ptg muahahah start kul 9:00 pun aku masuk keje 10:30, ini kan masuk 8:30? Farneeeee!
Tadi si kura kurap ada bagi memo untuk waktu kerja bulan posa. Cehhh nampak sangat dia main amik surat tahun dulu punya dan ntahnya tak tukar apa pun, tahun je la, sebab tarikh memo tu 20 October 2006... boleh tak? Ahahahah dengan masih ada waktu kerja untuk cawangan Terengganu... err, bukan kat Ganu tu dah tutup for good ke? Bodo ke apa kura kurap ni? Nampak sangat pemalas... tengok aku, sambil buat keje yang sungguh berlambak, dengan tak cukup orangnya dalam team aku, masih boleh menonton siri2 TV yang di donload seperti Kyle XY, Weeds, Prison Break 2 dan jugak yang terbaru, Heroes... masih menanti Entourage dan berbagai siri lagi. Masih jugak mampu untuk aku membebel dan meluahkan perasaan dalam ni - takde la sampai malas nak buat kerja macam kura kurap tu - dah malas, kantoi salah fakta pulak... hmmm apa lah nak jadi?
Ok ler, sempena nak berposa ni, aku ucapkan selamat berpuasa. Moga banyak pahala korang, kalau nak bercuti dari membaca blog ni pun aku tak kisah sebab aku tau, bukan ada orang baca pun! Muahahaha lantak ler... semata nak melepas segala perasaan... kalau tak, boleh jadi gila macam Saiko jantan dan betina tu.. Ahahaha al kisah mereka dikemudian hari ler...
12:21:00 PM | Kal El Writes... On the Blood Sucking Sicko Company | 0 Comments
You are Superman!
You Are Superman |
Faster than a speeding bullet, more powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound. And pretty cute too. No wonder you're the most popular superhero ever! |
12:25:00 PM | Kal El Writes... On Being Half Superman | 0 Comments
Woi Apek! Senyaplah!
Semalam apek ni takde kat sini.. aman damaiiiinyeeeee!
Kalau dia bercakap ngan Para2 (ahahah tak semua orang tau Para2 ni sapa) bunyiknya sentiasa macam nak bergaduh. Sama la dua kali lima, lima kali dua. Masing2 jenis tak reti nak cakap pelan2. Sume nak bertekak je kerjanya.
Lagi satu si apek ni memang irritating. Kalau cakap ngan dia, letihnye nak layan... suka cakap merepek2. Entah apa2 ingat orang impressed ngan lawak2 bodoh dia tu... Aduh kenapala hilang Apek Saiko dapat pulak Apek Speaker... Ahahahah dalam team tu ada tiga sora tahap speaker... pandai2 ler korang teka sapa ek!
Waaaa tatak tahannnn wooooo!
12:23:00 PM | Kal El Writes... On the Blood Sucking Sicko Company | 0 Comments
Woi! Bayar La Woi!
Haaa ni lepas 8 hari aku pendam tak menulis dalam nih....
Duit part timer dorang tak bayar-bayar lagi dan yang kene ambush... aku jugak! Balik2 aku dapat phone call, terima sms tanya bila paymnet... penat dah lah janji-janji kat orang ni... dorang pun bukan belum habis buat keje... kata hari tu dan dalam surat lepas SKP nak bayar... ni dah 2 bulan lepas SKP pun tak bayar lagi.. sampai dorang tanya aku - company ada problem ke?
Haaa apa yang aku nak jawab? Kata ya kang bawak fakta palsu pulak.. dan bila tanya finance sentiasa menafikannya... duit ada... kalau takda duit takkan boleh bayar claim dan gaji on time! Itu aku tau ler ngok... tapi kalau gitu apasal duit part timer yang dah berbulan2 tangguh tu tak bayar... dalam surat agreement kata after terima SKP tau!
Nasihat aku, bayar la sebelum lebih ramai orang menyumpah. Rasanya dah banyak kali dah kene sumpah kompeni ni... aku rasa la kan. Pastu untuk projek akan datang ni nak guna part timer-part timer yang sama gak... bukan orang lain dorang ni... keluarga sendiri kompeni gak... susah2 carik orang dorang ni jugak yang kita carik. Bila nak mintak buat keje tu semua kene cepat, semua kene perfect dan bagus, kalau tak doggy condemn tapi part nak bayar... KEMUT!
12:26:00 PM | Kal El Writes... On the Blood Sucking Sicko Company | 0 Comments
Selamat... Aminnnnn....
...apa yang semakin menghilang?!
...imagine sendiri lah ye!
Fakta nombor:
Tarik jatuh cinta: 20 April 2006
Tempat jatuh cinta: Red Box the Curve masa celebrate birthday Amir, Azah dan Zul
Hari jadi Azah: 24 April
Hari jadi Zul: 28 April
Antara sebab mereka jatuh cinta : Azah nyanyi lagi "Diriku Tapak Seleman" , Zul plak nyanyi lagu "Mungkinkah Terjadi" - maka Memang Mungkin Terjadi Tapak Selaman dan Manusia Bercinta... muahahah sungguh tak kelakar!
Antara sebab awal terperasan dorang ni bercinta: Kemunculan Zul secara kerap di tingkat 3 walaupun team ID Chem dah pindah level 2! Dan juga ajakan Azah untuk bersama Zul makan nasik lemak di Klang. Muahahaha takkan nak kacau korang kot!
Buat Zul dan Azah, walau dalam keadaan duka di opes ni (dengan ramainya berenti dan dengan macam-macam masalah yang ada) korang memang pandai making the best of things - moga bahagia dan beranak pinak sampai ke anak cucu - tapi kawen la dulu ek...
Kalau kitorang kacau2 tu... biasa la... tu memberi restu namanya...
Good luck and all the best! We're happy for you!
12:27:00 PM | Kal El Writes... On My Friends | 0 Comments
Aku Hangin
Minggu ni aku memang malas nak mampos, marah dan juga segala jenis M dalam dunia ni yang negatif-negatif belaka. Memang mood langsung takde nak buat keje. Berikut antara sebab-sebab kenapa aku jadik mcam ni:
1. Aku hangin sebab janji nak kasi orang keje kat group aku tapi sampai sekarang takde. Projek baru dah nak start tapi yang ada dua orang ni je la nak buat. Team lagi satu mintak orang je dapat, mintak je dapat - nak mampos dah ni asik tidor lambat je hari2. Ingat aku ni mesin ke apa? Mentang-mentang aku jadi pak sanggup siapkan jugak keje yang berlambak ni - dah tgk aku boleh buat berdua je ingat nak terus suruh aku buat 2 orang je la agaknya - go to hell. Aku berjanji untuk projek baru ni, selagi tak nampak batang hidung sorang pembantu aku yang boleh dipakai dan berguna, haram aku nak start buat!
2. Aku hangin sebab duit part time tak dapat-dapat - janji lepas sign off project dapat ni dah 2 bulan selepas tak dapat-dapat lagi. Dah la projek ni tertangguh lebih 4 bulan - kalau masa aku jaga dulu takdela sampai 4 bulan lewat - babi betul la. Aku nak pakai duit ni tau tak? Bila tanya , kita pulak yang kene marah balik. Dah takde duit buat la cara takde duit woi!
3. Aku hangin jugak sebab aku letih. Berkaitan dengan masalah nombor 1. Letih kepala hotak, letih hati, letih ketiak, letih segalanya. Aku letih kerja ngan orang-orang cenggini, aku letih sebab dorang ni semua bongok, aku letih dengan perangai bodoh sombong dorang ni.
4. Aku hangin sebab aku dah malas nak buat kerja. Satu benda yang patut aku habiskan minggu merdeka hari tu baru semalam aku habiskan. Peduli apa aku? Aku memang dah tak peduli. Lantak la apa nak jadi. Aku malas nak buat camana kan? Sukahati aku lah. Korang bukan kisah pun. Dah la aku asik sakit belakang, ketiak pun sakit sebab tangan ni tergantung bila menaip - furniture opes ni tangkap muat je - tak ergonomik langsung!
5. Aku hangin sebab best pren aku nak blah. Dia dah dapat kerja baru... abis nanti sapa nak buat farewell aku la?
Sekain.
Aku penat.
Aku malas.
Aku marah...
12:30:00 PM | Kal El Writes... On the Blood Sucking Sicko Company | 0 Comments