Merry Christmas
Kal El would like to wish all Malaysians and Christians worldwide a Merry Christmas. May this Christmas brings you joy and happiness.
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Being Malaysian | 0 Comments
Yoshinoya, KLCC SIgnatures Food Court
Another nice eating place kat Signature Food Court in KLCC is Yoshinoya Stall. I haven't tried the main dishes here (Serving Japanese Food duh!) but I've tries the Fried Dumpling (kalau tak silap namanya). Gerainya berhampiran Nasi Lemak Adik dan bersebelahan dengan Kyros Kebab dan Western Food di Signatures Food Court KLCC (Going up the excalator, it's on your right). Boleh tahan, Kal El sukakan rasanya - considering that I am not really into Japanese Food kan- kira boleh lah!
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Dining Out, On Signature Foodcourt KLCC, On Yoshinoya | 1 Comments
Nasi Tomato @ Bukit Antarabangsa Stall
Salah satu yang menarik kat puncak Bukit Antarabangsa ialah Nasi Tomato ini yang dijual di sebelah malam berdekatan dengan 7 Eleven. Dia bukan di kedai tetapi sebuah gerai bersebelahan gerai burger di kanan 7E dan kedai elektrik/lampu di Bukit Antarabangsa.
Kal El suka akan rasa Nasi Tomato ini, sedap lauk ayamnya dan acar pencak memang padan dengan rasa Nasi dan lauknya. Di gerai tersebut ada juga menjual Nasi Lemak tapi Kal El lebih gemarkan Nasi Tomato ni. Cubalah!
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Bukit Antarabangsa, On Dining Out, On Pasar Malam | 0 Comments
Nasi Lemak Adik, KLCC SIgnatures Food Court
Inilah dia rupa nasi lemak paling mahal pernah Kal EL makan. Percaya atau tidak it costs me RM12.60 for this plate of nasi lemak. Lauknya daging rendang, sambal tumis, telur rebus sebiji, bergedel dan kentang goreng. Walaupun begitu rasanya tidaklah setanding harganya. Lebih berbaloi kalau ke Nasi Lemak Boss di Ampang atau Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru.
Susun atur lauknya yang pelbagai memang menarik perhatian (dan juga duit dalam wallet anda) tapi cubalah dulu baru dan nilaikan sendiri. Mungkin ianya hebat bagi anda tapi tidak bagi Kal EL.
7:30:00 AM | Kal El Writes... On Dining Out, On Nasi Lemak Adik, On Signature Foodcourt KLCC | 0 Comments
Kisah Penyucian Jiwa Tertangguh Lagi
Assalamu'alaikum. Masih berkesempatan Kal El mengucapkan Salam Aidiladha di hari ke tiga ini. Aidil Adha Kal El yang semamangnya lain sejak 4 tahun lalu dengan ketiadaan ibu, tahun lepas dengan serangan strok dan tahun ini dengan renal failure dan yang paling hampir trajedi di Bukit Antarabangsa. Kal El telah tinggal di sebelah atas tempat kejadian sejak 5 tahun lalu.




11:02:00 AM | Kal El Writes... On Bukit Antarabangsa | 3 Comments






