Life in BBK

Dah dekat sebulan rasanya tak menulis dalam ni. Antara paparan menarik...

Hidup di BBK

Hidup kat BBK ni sungguh tidak menarik. Walaubagaimanapun minus the travelling and the extra money spent on travelling, kat sini bolehla di katakan happy gak sebab tak nampak kelibat MOMOK dan WW dan sekor lagi tu selalu sangat.. ekekek kira aku sampai opes terus naik dan bukak pc, lepas tu tak kuar-kuar lagi melainkan nak pi toilet dan tibanya pukul 6 petang... masa untuk memberambuskan diri.

Makan di BBK

Makanan kat sini macam hampas. Semua pun tak sedap kecuali fast food yang rasanya dah tak boleh nak telan dek tekak. Oleh kerana makan fast food selalu tak baik untuk kesihatan dan amatlah mahalnya, maka aku pun bawak la masakan dari rumah...pun guna fast method iaitu perencah dan rempah segera... ahaks! Ok ler.. jimat la jugak. Pagi makan biskut dan minum kopi dalam keta... for brunch makan sandwhich dan for lunch makan nasik... selalu lauk ayam, daging, ayam dan daging.. ahahahah

Kerja di BBK

Haaa part ni paling menarik. Aku kat sini hari2 ada je movie ke... tv series yang aku tengok... ahahah Suri Rumah Terdesak ke... Pecah Penjara ke... semua aku dah tengok. Dah tak tau nak tengok apa dah sebenarnya.. Walaupun begitu, keje dan tanggungjawab tetap kene selesaikan, cuma entah la... agaknya masa sekarang ni banyak free kot sebab tu boleh tengok movie selalu.

Si MOMOk pun jarang datang sini... katanya takut sebab bebudak kat sini tak suka dia... read this: MEMANG PUN! Dan dengar-dengar jugak dia dah tender... tapi tak tau ler kesahihan cerita ni.. bagus jugak kalau dia tender... berambus dari sini! Bukan ko buat keje pun!

Social Life di BBK

Dah kata tadi kan... datang sini terperuk kat tempat duduk ku itu, maka takde lah sangat diriku bersosial seperti dulu... tengok wayang pun dah jarang-jarang... mana tak... dah asik tengok movie kat opes kan ahahahah. Takde la jugak... sebab nak jimat duit ler ni terpaksa la berkorban itu ini.... Tapi yang paling best bila balik rumah la... jumpa anak-anak... terubat rasa hati tengok dorang tu.. heheheh

Ok lah... nak sambung tengok movie ni...

I'm reading: Life in BBKTweet this!

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger